Download BAB 8 pg137-150 PDF

TitleBAB 8 pg137-150
File Size6.5 MB
Total Pages14
Document Text Contents
Page 1

Terumbu karang yang indah terdapat di kawasan perairan Pulau
Tioman, Pulau Redang, Pulau Sipadan, dan lain-lain. Batu karang
ini terbentuk daripada garam kalsium karbonat, CaCO3. Organisma
seni yang hidup di dalam laut dapat memendakkan kalsium
karbonat, CaCO3 daripada ion kalsium, Ca2+ dan ion karbonat,
CO32– yang terlarut di dalam air laut.

Garam dalam masakan menyedapkan rasa makanan.

Garam di dalam tanah menyuburkan tumbuhan.

Garam di dalam permata memberikan warnanya.

Semua ini menceriakan kehidupan kita.

Adakah semua garam berasa masin?
Bagaimanakah garam disediakan?
Mengapakah penyejatan larutan garam sehingga kering tidak digalakkan

bagi tujuan memperoleh hablurnya?

137

Setelah mempelajari bab
ini, anda harus dapat:

mensintesiskan garam

mensintesiskan analisis
kualitatif garam

mengamalkan sikap
sistematik dan teliti
semasa menjalankan
aktiviti

Garam
Penghabluran semula
Tindak balas

pemendakan

BAB 8.indd 137BAB 8.indd 137 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

Page 2

138

• Garam

A Garam

Garam yang biasa kita guna ialah garam yang ditambahkan dalam
makanan, iaitu natrium klorida, NaCl. Garam ini berfungsi untuk
mengawal pelbagai fungsi organ penting di dalam badan kita.
Selain itu, terdapat garam lain yang dapat meningkatkan kualiti
hidup kita. Gambar foto 8.1 menunjukkan beberapa kegunaan
garam dalam pelbagai bidang.

Gambar foto 8.1 Kegunaan garam dalam kehidupan harian kita

Definisi garam
Adakah anda masih ingat bahawa garam terbentuk daripada
tindak balas peneutralan? Garam ialah suatu sebatian ion.
Anionnya berasal daripada asid dan kationnya berasal daripada bes.
Sebagai contoh, kalium klorida, KCl ialah garam yang terbentuk
daripada tindak balas antara kalium hidroksida, KOH dengan asid
hidroklorik, HCl.
Anion daripada asid

KOH(ak) + HCl(ak) ⎯→ KCl(ak) + H2O(ce)

Kation daripada bes

Maka, garam dapat ditakrifkan seperti yang berikut:
Garam ialah suatu sebatian yang terbentuk apabila
ion hidrogen, H+ dalam asid digantikan dengan ion
logam atau ion ammonium, NH4+.

Mari kita jalankan Aktiviti 8.1 untuk mengumpul maklumat
tentang garam.

• Aktiviti 8.1, muka surat 111

Anda harus dapat:
• menyatakan

contoh-contoh garam
dan kegunaannya

• menerangkan maksud
garam

• mengenal pasti garam
terlarutkan dan garam
tak terlarutkan

• menghuraikan proses
penyediaan garam
terlarutkan dan garam
tak terlarutkan

• menghuraikan proses
penulenan garam
terlarutkan melalui
penghabluran semula

• menyenaraikan ciri-ciri
fi zik hablur

• menulis persamaan
kimia dan persamaan
ion bagi tindak balas
penyediaan garam

• mereka bentuk suatu
aktiviti untuk menyediakan
garam tertentu
• membina persamaan

ion melalui kaedah
perubahan berterusan

• menyelesaikan masalah
penghitungan kuantiti
bahan tindak balas dan
hasil tindak balas bagi
tindak balas stoikiometri

Rajah 8.1 Pembentukan garam
daripada asid hidroklorik, HCl







Na+

NH4+
NH4 Cl

Na Cl

H Cl
Natrium
klorida

Ammonium
klorida

Dalam bidang perubatan, garam
digunakan sebagai ubat dan
plaster.

Dalam industri kimia, garam
digunakan dalam pembuatan plastik,
detergen, kaca, cat, dan pewarna.

Dalam bidang pertanian,
garam digunakan sebagai baja
dan racun serangga.

Dalam industri makanan, garam
digunakan sebagai perisa dan
pengawet.

BAB 8.indd 138BAB 8.indd 138 9/21/11 3:38 PM9/21/11 3:38 PM

Page 7

143

8.2

1 Hitung bilangan mol AgNO3.
n = MV

2 Hitung bilangan mol KI.
n = MV

3 Tulis persamaan kimia yang seimbang.

4 Bandingkan nisbah mol antara AgNO3,
KI dengan AgI.

5 Tentukan bilangan mol AgI yang
terbentuk.

6 Hitung jisim AgI.
Jisim = n × jisim molar

Garam argentum seperti argentum iodida, AgI digunakan dalam fotografi . Suatu sampel
argentum iodida, AgI disediakan dengan mencampurkan 50 cm3 larutan argentum nitrat,
AgNO3 1.0 mol dm–3 dan 50 cm3 larutan kalium iodida, KI 1.0 mol dm–3. Hitung jisim
argentum iodida, AgI yang terbentuk. [Jisim atom relatif: Ag = 108, I = 127]

Penyelesaian:
Bilangan mol larutan argentum nitrat, AgNO3
= 1.0 mol dm–3 × 0.05 dm3

= 0.050 mol

Bilangan mol larutan kalium iodida, KI
= 1.0 mol dm–3 × 0.05 dm3

= 0.050 mol

AgNO3(ak) + KI(ak) ⎯→ AgI(p) + KNO3(ak)
1 mol 1 mol 1 mol

Daripada persamaan di atas, 1 mol argentum nitrat, AgNO3 bertindak balas dengan 1 mol
kalium iodida, KI untuk menghasilkan 1 mol argentum iodida, AgI.

Maka, 0.050 mol argentum nitrat, AgNO3 bertindak balas dengan 0.050 mol kalium iodida,
KI untuk menghasilkan 0.050 mol argentum
iodida, AgI.

Jisim argentum iodida, AgI yang terhasil
= 0.050 mol × (108 + 127) g mol–1

= 11.75 g

8.2 Menyelesaikan masalah penghitungan

1. Seorang pelajar menyediakan kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 melalui tindak balas antara
kuprum(II) oksida, CuO dengan 100 cm3 asid nitrik, HNO3 1.5 mol dm-3. Hitung
jisim kuprum(II) oksida, CuO yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan
asid nitrik. [Jisim atom relatif: O = 16, Cu = 64]

2. Rajah 8.3 menunjukkan penyediaan suatu garam tak terlarutkan plumbum(II) sulfat,
PbSO4.

Asid sulfurik,
H2SO4
1.5 mol dm–3

50 cm3 larutan
plumbum(II) nitrat,
Pb(NO3)2 1.0 mol dm

–3

+ Mendakan
putih

Rajah 8.3

(a) Hitung isi padu asid sulfurik, H2SO4 yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap
dengan larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2.

(b) Hitung jisim plumbum(II) sulfat, PbSO4 yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: O = 16, S = 32, Pb = 207]

BAB 8.indd 143BAB 8.indd 143 9/21/11 3:39 PM9/21/11 3:39 PM

Page 8

144

Mari kita jalankan aktiviti yang berikut.

• Aktiviti KBSB 8.1, muka surat 124

A

1. Nyatakan tiga contoh bagi
(a) garam terlarutkan (b) garam tak terlarutkan

2. 50 cm3 larutan argentum nitrat, AgNO3 1.0 mol dm–3 bertindak balas lengkap dengan larutan
magnesium klorida, MgCl2 untuk membentuk garam argentum tak terlarutkan.
(a) Tulis persamaan kimia dan persamaan ion bagi pembentukan garam argentum itu.
(b) Hitung jisim garam argentum yang termendak.
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5, Ag = 108]

3. Asid bertindak balas dengan kalsium karbonat, CaCO3 dalam batu kapur untuk membentuk
garam dan karbon dioksida, CO2. Seketul batu kapur bertindak balas lengkap dengan
100 cm3 asid nitrik, HNO3 31.5 g dm–3. [Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, N = 14,
O = 16, Ca = 40. Isi padu molar = 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik.]
(a) Hitung jisim garam yang terhasil.
(b) Berapakah isi padu karbon dioksida, CO2 yang terbebas pada keadaan bilik?

B Analisis Kualitatif Garam

Rajah 8.4 Contoh analisis kualitatif memainkan peranan penting dalam kehidupan
harian kita.

Berdasarkan artikel dalam Rajah 8.4, pihak berkuasa perlu
mendapatkan bukti untuk mendakwa pesalah. Namun, jenis
bahan kimia dan tahap ketoksikannya perlu dikenal pasti terlebih
dahulu.

Anda harus dapat:
• menyatakan maksud

analisis kualitatif
• membuat inferens tentang
garam berdasarkan warna
dan keterlarutan di dalam

air
• memerihalkan ujian

untuk mengenal pasti gas
• menghuraikan tindakan

haba ke atas garam
• menghuraikan ujian bagi

anion
• menyatakan pemerhatian

bagi tindak balas antara
kation dengan larutan
natrium hidroksida dan
larutan ammonia

• menghuraikan ujian
pengesahan bagi kation
Fe2+, Fe3+, Pb2+, dan
NH4+

• merancang analisis
kualitatif untuk mengenal
pasti garam

PULAU PINANG, Selasa - Kesihatan ribuan penduduk di negeri ini
dikhuatiri terjejas akibat sumber air dari Sungai Muda dicemari sisa
toksik yang dibuang oleh kilang-kilang di Taman Kempas, Sungai Petani,
Kedah. Penduduk di empat buah kampung yang berhampiran dengan
kawasan perindustrian tersebut turut terancam.
Menurut S.M. Mohamed, pelbagai jenis ikan boleh didapati di
dalam saliran itu tetapi sekarang telah pupus dan menyebabkan penduduk
kampung-kampung tersebut hilang sumber pendapatan. Selain itu, hasil
pengeluaran beratus-ratus hektar sawah padi yang menggunakan air
tercemar berkenaan mungkin merosot pada masa hadapan jika ancaman
sisa toksik berterusan. Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Alam
Sekitar Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani mengambil tindakan
tegas terhadap pengusaha kilang yang melakukan kesalahan tersebut.

Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Melayu, 13 April 2011

Pulau Pinang diancam air beracun?

BAB 8.indd 144BAB 8.indd 144 9/21/11 3:39 PM9/21/11 3:39 PM

Page 13

406c_CM4[4c].eps


149

8

4. Natrium klorida dan natrium sulfat dapat
dikenal pasti dengan menggunakan
A asid nitrik cair
B larutan kalium iodida
C larutan plumbum(II) nitrat
D larutan barium nitrat

5. Gas X mempunyai sifat yang berikut:

• Tidak berwarna
• Berwasap dalam udara lembap
• Meneutralkan natrium hidroksida
• Menghasilkan mendakan putih

apabila dialirkan ke dalam larutan
argentum nitrat berasid

Apakah gas X?
A Ammonia
B Klorin
C Karbon dioksida
D Hidrogen klorida

6. Rajah 2 menunjukkan pembentukan
mendakan putih apabila dua larutan, P
dan Q dicampurkan.

Larutan P
(biru)

Larutan Q
(tidak berwarna)

Mendakan
putih

+

Rajah 2

Apakah P dan Q?
I Argentum nitrat dan natrium

klorida
II Ferum(III) klorida dan kalium

karbonat
III Kuprum(II) sulfat dan barium

nitrat
IV Kuprum(II) klorida dan ammonium

karbonat
A I C I, III dan IV
B III D I, II, III dan IV

Soalan Objektif

Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yang
terbaik bagi setiap soalan.

1. Yang berikut yang manakah merupakan
garam terlarutkan?
A Barium sulfat
B Kalium karbonat
C Plumbum(II) klorida
D Kalsium sulfat

2. Rajah 1 menunjukkan kaedah untuk
menyediakan garam plumbum(II)
melalui tindak balas pemendakan.

Mendakan
putih

Kacau

Larutan X

Larutan
plumbum(II)
nitrat

Rajah 1

Apakah larutan X?
I Asid hidroklorik
II Ammonium sulfat
III Natrium karbonat
IV Kalium iodida
A I dan IV
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

3. Satu garam disediakan melalui tindak
balas asid dengan logam reaktif.
Berapakah jisim magnesium klorida yang
terbentuk apabila serbuk magnesium
berlebihan dicampurkan kepada 50 cm3
asid hidroklorik 2.0 mol dm–3?

[Jisim atom relatif: Mg, 24; Cl, 35.5]
A 4.75 g C 11.9 g
B 9.50 g D 19.0 g

149

BAB 8.indd 149BAB 8.indd 149 9/21/11 3:39 PM9/21/11 3:39 PM

Page 14

150

Soalan Subjektif

Arahan: Jawab semua soalan. Langkah-langkah penghitungan perlu ditunjukkan.

1. Rajah 1 menunjukkan beberapa tindak balas garam X.

Garam X
Panaskan

Gas P + Gas Q

Air

Larutan natrium hidroksida
Larutan X akueus


Panaskan

Reagen Nessler Larutan argentum nitrat

Mendakan perang Mendakan putih
Larutan argentum nitrat

Rajah 1

(a) (i) Namakan mendakan putih yang terbentuk.
(ii) Tulis persamaan ion bagi pembentukan mendakan putih tersebut.
(iii) Kenal pasti anion di dalam garam X.
(b) (i) Apakah fungsi reagen Nessler?
(ii) Berikan formula kation di dalam garam X.
(c) Namakan gas P dan Q.
(d) (i) Namakan garam X.
(ii) Tulis persamaan bagi tindakan haba ke atas garam X.
(e) Hitung isi padu gas Q yang terbebas pada keadaan bilik jika 10.7 g garam X dipanaskan.

[Jisim atom relatif: H = 1, N = 14, Cl = 35.5. Isi padu molar = 24 dm3 mol–1
pada keadaan bilik.]

Soalan Esei

Arahan: Jawab semua soalan.

1. Garam ammonium biasa digunakan oleh petani sebagai baja untuk meningkatkan hasil
tanaman mereka. Garam ammonium ini mudah disediakan di dalam makmal. Salah satu
contoh garam ini ialah ammonium sulfat.
(a) Terangkan maksud garam.
(b) Anda dibekalkan dengan bahan dan radas yang berikut:

• Larutan ammonia • Mangkuk penyejat • Penunu Bunsen
• Asid sulfurik cair • Penitis dan rod kaca • Silinder penyukat

Huraikan satu eksperimen untuk menyediakan satu sampel ammonium sulfat tulen
dengan menggunakan bahan dan radas tersebut.

(c) Huraikan ujian-ujian yang akan anda jalankan untuk mengenal pasti anion dan kation
di dalam ammonium sulfat.

2. Anda dikehendaki menjalankan suatu aktiviti makmal untuk menyediakan garam dengan
memilih satu contoh logam. Dengan bantuan rajah yang sesuai dan persamaan ion,
huraikan kaedah penyediaan garam tersebut.

150

BAB 8.indd 150BAB 8.indd 150 9/21/11 3:39 PM9/21/11 3:39 PM

Similer Documents