Download bab7.pdf PDF

Titlebab7.pdf
File Size61.3 KB
Total Pages8
Document Text Contents
Page 1

Jalan Sutera



 Tanah Besar Asia Tenggara
juga dihubungkan dengan jalan

darat yang dikenali sebagai

jalan sutera.

 Jalan Sutera merentangi
wilayah di Asia Barat ke Asia

Tengah dan seterusnya ke

China



Bab 7: Islam di Asia Tenggara

Pengenalan



 Asia Tenggra terletak di antara China dan India.

 Kedua-dua wilayah dihubungkan oleh Selat Melaka yang terletak di Asia Tenggara.

 Peranan Melaka sebagai jalan penghubung antara China dan India telah melahirkan Bandar-bandar
Pelabuhan seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei dan Pattani.

 Bandar pelabuhan ini mempunyai hubungan dengan pelabuhan-pelabuhan di India (Mocha, Hormuz,
Goa, Colombo) dan China (Canton ).

Faktor yang mempertemukan pedagang dari

pelbagai pelosok

Tiupan angin Monsun



 Tiupan angin monsun
telah menentukan jangka

waktu tepat bagi

kedatangan pedagang-

pedagang dari Timur dan

Barat ke Melaka.



Perdagangan



 Asia Tenggara merupakan kawasan perdagangan
utama pedagang Melayu, Arab, China dan India

semenjak sebelum kedatangan Islam.

 Asia Tengara mempunyai tarikan kerana
kekayaan hasil bumi dan hasil hutan yang

diperlukan oleh pedagang Arab.

 Apabila Islam berkembang, para pedagang Islam
yang keluar belayar telah berdakwah keseluruh

rantau Asia Tenggara.

Page 2

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari

Semenanjung Tanah Arab

Sarjana John Crawford



 Islam berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti para pedagang.

 Bukti catatan China menunjukkan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perdagangan dan petempatan di Canton (Amoy).

 Pedagang Arab juga dipercayai telah menguasai perdagangan laut dari Iskandariah, Mesir hingga ke China.

 Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti Melaka kerana kedudukan
strategic dan menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China.

 Pedagang Arab tinggal beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan dan ada di antara mereka telah membina perkampungan.

 Perkampungan ini menjadi tapak perniagaan dan berfungsi sebagai pusat mengumpul dan membeli barang-barang mewah dari
China dan India.

 Ada di kalangan pedagang ini berkahwin dengan wanita tempatan dan mewujudkan tapak yang kukuh bagi pedagang Arab
menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.

 Semasa menunggu perubahan angin monsun, para pedagang berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan dan Asia
Tenggara tentang kepercayaan dan agama.

 Amalan hidup dan nilai Islam yang murni yang ditunjukan oleh golongan mubaligh dan pedagang, menarik minat masyarakat
tempatan untuk mempelajari ajaran Islam.

 Kejujuran dalam perniagaan, berhemah tinggi dan sifat mementingkan kebersihan telah menarik minat orang tempatan terhadap
ajaran Islam.

 Catatan China menunjukkan telah wujud perkampungan Islam di Ta Shih Sumatera pada tahun 650 M.

 Ini membuktikan Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak abad ketujuh masihi.


Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.



 Bersetuju dengan pendapat Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab.

 Menggunakan bukti


i. kewujudan persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semanjung Arab.
ii. Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.
iii. Adat resam dan kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab seperti menghormati tetamu dan muzik zapin.


 Syed Naquib mengatakan banyak karya tempatan menceritakan pengislaman Raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari
Semenanjung Tanah Arab contoh Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan mubaligh dan pendakwah yang mula-mula tiba di Pasai

ialah sufi berketurunan Arab bernama Syeikh Ismail dan mengislamkan Raja Pasai Merah Silu (Malik al-Salih), manakala Raja

Pattani Phaya Tu Nakpa di Islamkan oleh Syeikh Said.

Page 3

Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari China

Sarjana Emanuel Gadinho Eridia



 Memberi alasan Khan Fo (Canton) telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab sejak abad ke-19 masihi.

 Jalinan hubungan perdaganan ini telah membolehkan Islam berkembang dalam kalangan peniaga China di negara China.

 Pedagang China yang berdagang di Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan ajaran Islam di Asia Tenggara.

Sarjana S.Q. Fatimi



 Memberikan bukti perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M.

 Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu bersurat Terengganu yang di temui di Kuala Sungai Tersat, Kuala
Berang, Terengganu.

 Batu Bersurat Terengganu telah ditemui pada tahun 1899.

 Batu bersurat bertulisan jawi bertarikh 4 haribulan Rejab, tahun 702 H, bersamaan 22 February 1303.

 Mengikut catatan pada batu bersurat ini mengatakan tentang kewajipan menjalankan hokum syarak, peraturan dan undang-
undang kekeluargaan, hukuman terhadap penzina dan hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.

 Bukti tambahan penemuan sepasang batu nisan bertarikh 1028 M, telah ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun,
Pekan, Pahang membuktikan Islam telah sampai di kawasan Pantai Timur, Tanah Melayu sebelum abad ke-13.

 Pandangan ini berpendapat Islam di bawa oleh mubaligh China Islam melalui laut China Selatan ke Phang Rang di Indo China,
dan ke Pekan Pahang.





 Teori yang mengatakan Islam datang dari China diperkukuhkan dengan terdapatnya persamaan unsur seni bina China dengan
unsur sebina yang terdapat pada masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa.

 Terdapat juga pendapat yang mengatakan Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China tetapi menerusi Champa.

 Unsur seni bina China terdapat pada Masjid di Melaka iaitu bentuk bumbungnya seperti pagoda.(rumah ibadat China)

 Atap genting, kayu kepala pintu dan tingkap masjid juga terdapat pengaruh China.

Page 7

Peranan Pusat

Kebudayaan





 Telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau dan Acheh.

 Ia berperanan sebagai pusat ilmu pengetahuan di samping bertindak sebagai pusat penyebaran Islam.

 Di Pusat Kebudayaan ini tedapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai.

 Pada zaman keagungan kerajaan Samudera-Pasai


i. Menjadi pusat penterjemahan, banyak kitab bahasa Arab diterjemah ke Bahasa Melayu.
ii. Sultan Mansur Syah (Melaka) pernah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera-Pasai

untuk diterjemah oleh ulama Pasai.

iii. Ulama dan cerdik pandai di sini menjadi pakar rujuk kepada ulama luar.
iv. Sultan Mahmud Syah (Melaka) pernah merujuk ulama Samudera-Pasai tentang masalah agama.



 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat hasil kesusasteraan yang terpengaruh dengan gaya bahasa
Arab.



i. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
ii. Hikayat Amir Hamzah
iii. Hikayat Nabi bercukur.


 Di Acheh terdapat karya puisi hasil penulis tempatan untuk menghayati Islam seperti Bustanus Salatin
yang mengisahkan keindahan sebuah kerajaan, istana raja dan taman-taman.

 Di Acheh telah melahirkan ramai ulama yang memperkaya pemikiran dan kebudayaan Islam seperti:


i. Hamzah al-Fansuri
ii. Syeikh Nurudin al-Raniri
iii. Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani
iv. Abdul Rauf Singkel.


 Di Johor-Riau turut berperanan sebagai pusat kebudayaan Islam dan menjadi emporium yang penting.

 Hasil kesusasteraan penting pada zaman Johor Riau ialah Tuhfat al-Nafis dan Peringatan sejarah Johor

Similer Documents